5 Masalah Operasi F&B yang QR Ordering Boleh Selesaikan
Pesanan tersalah, dapur lambat respond, cashier kena kira semula — masalah harian kedai makan yang sistem QR boleh kurangkan dengan cepat.
Operasi kedai makan kecil selalunya chaotic bukan sebab staf malas, tapi sebab maklumat pesanan tak sampai ke tempat yang betul pada masa yang betul. QR ordering bukan magic, tapi ia standardkan aliran dari meja ke dapur.
1. Pesanan tersalah tulis
Bila pelayan tulis tangan, "kurang pedas" atau "tambah telur" mudah terlepas. Pesanan digital direkod apa yang pelanggan pilih — kurang salah faham, kurang hidangan return.
2. Dapur tak nampak order baru
Paper chit tercicir atau lambat sampai dapur? Skrin dapur TableTap refresh automatik — setiap pesanan baru ada bunyi/notifikasi ringkas supaya chef respond cepat.
3. Minuman dan makanan tak sync
Kedai dengan kaunter minuman berasingan perlukan saluran sendiri. TableTap hantar item minuman ke panel minuman, makanan ke dapur — cashier nampak semua dalam satu bill.
4. Cashier kena kira semula
Bila pelanggan tambah order lewat, bill kertas kena tulis semula. Sistem digital kira jumlah automatik ikut item yang dihantar — cashier fokus terima bayaran.
5. Tiada data jualan harian
Tanpa rekod digital, sukar tahu hidangan paling laris atau waktu peak sebenar. Laporan TableTap bantu anda buat keputusan stok dan staffing.
Mulakan kecil, ukur impak
Anda tak perlu tukar 100% operasi overnight. Cuba QR pada separuh meja, bandingkan masa tunggu dan aduan pelanggan selepas 1–2 minggu.
TableTap percubaan percuma 2 minggu — daftar atau WhatsApp untuk bantu setup.